Saturday, May 21, 2005

Hujan Semalam ...



Malam tadi hujan bertandang lagii ..
Malam kini menjadi semakin suram ..
Hanya bertemankan kedinginan ..
Tiada kedengaran suara cengkerik ..
Hanya suara-suara katak sedang beryanyi ..
Nadanya bergema tanpa irama ..
Petir sabung menyabung ..
Guruh bergempita memberitahukan sesuatu ..
Itulah rahmat dari Yang Maha Kuasa ..

Tuesday, May 17, 2005

Gelora Hati

Bukan niat dihati hendak menyakiti hati sesiapa.Malah hendak merampas dari sesiapa.Aku juga punya hati dan perasaan.So disini aku boleh rasakan apabila hak kita dirampas.Jangan mengangap aku merampas hak orang lain sedangkan niat aku bukan sebegitu..Aku tidak mahu kerana diriku orang lain yang merana.Aku hanya insan yang lemah.Kalau benar-benar ia berlaku,Itu semua diluar kawalan diriku.Tampilkan diri dan bersemuka dengan ku.Aku rela mengundurkan diri tanpa seribu pertanyaan..
Buat apa kita mendirikan kebahgiaan diatas air mata orang lain..Aku sedar siapa diriku.Aku hanya menumpang kasihsayang dan bermanjamesra..Kasih sayang yang aku hulurkan adalah ikhlas dari hati ku sendiri..Aku tidak penah terlalu mengharap diluar kemampuan diriku.Setiap orang dapat merasakan kasih sayang yang diterima..

Hatiku mudah tersentuh..
Lantaran perkhabaran..
Nescaya aku perlu tabah..
Tapi aku tidak sekuat batu..
Antara hujan dan panas..
Perasaanku gelora..
Bagai mengetip bibir..
Menahan gelojak jiwa..
Dalam mencari penawar..

Monday, May 16, 2005

SMS tadi ....

Khamis lepas aku dalam dilema dimana memikirkan budget ku lari...
Entah macam mana aku telah menghantar sms dekat Xbf aku..
Tiba-tiba aku teringatkan akan dia..
Sms berbunyi seperti berikut..

Hari Khamis

Aku :Lama xdengar ceta? Sihat? Blh pinjam duit..
Xbf :Abg ader kat Medan ni.. Nas nak pinjam berapa?
Ari tu naper tak reply Sms abg?
Aku :Maaf ari 2 tiada kredit. Nas betui-betui kering ni.
Tak kisah berapapon janji abg bagi..
Xbf :Tp kena tggu abg balik la.Skrg x lei kasi la..
sbb kat medan.Jaga diri..ok!Sume sihat?Bf?
Aku :Oklah kalau abg ckp cam 2.Isnin pon isnin lah janji abg bagi k..


Hari Sabtu

Aku :Abg ni no acount RHB BANK123456789012 Nas dah takdak kredit dah.
klu abg dah masuk sms jer k.
Xbf :Tiada jawapan...


Hari Isnin

Seawal 7 am hp aku berbunyi...

Xbf :Nas abg nak masukkan duit ni.. nama penuh Nas Mohd ka?
Aku :Mohd ________.
Xbf : kenapa kat sini naik Mohd Jer?
Aku :Mana Nas tahu?
Xbf :Nas bg no acount betui ka?
Aku :Betui la..
Xbf :Oklah klu cam 2?

Tiba-tiba talian terputus..........
Lima belas minit kemudian Sms aku terima...

Xbf :Abg masuk RM50 ja.. Xkira pinjam lah.Itu utk Nas.
Klu apa2 just sms la.Take care. Abg kt Shah Alam ni..Bai..

Walaupun hubungan kami tamat dua tahun yang lalu namun kami tetap
menjadi kawan baik..Mgkin dia tolong aku kali ini disebab aku penah menolong dia semasa dia dalam kesusahan tempoh hari..Antara kami tiada dendam malah kami menghormati antara satu sama lain,Walaupun masing-masing mempunyai Teman special …

Friday, May 13, 2005

RAhSia AlaM

Bila bunga-bunga berguguran.
Serinya hilang tanpa haruman.
Rendangnya tiada berbuah.
Dedauanan kekeringan bertaburan.
Angin sepi menyampai salam.


Dari kejauhan panorama terbentang.
Tidak tersingkap rahsia alam.
Hamparan bumi terbentang luas.
Payungan langit tersergam indah.
Mentari dengan cahayanya.


Hembusan bayu selembut sutera.
Ombak-ombak bagaikan berkejaran.
Awan yang biru berarak tenang.
Burung-burung bernyanyi riang.
Keajaiban alam memang sukar tersingkap.

Kasihku Bersemi



Seawal pagi tadi hujan turun dengan lebat sekali dengan disulami kilat sabung menyambung memecah kegelapan pagi yang dingin.Tidoku dikejutkan oleh kesejukkan dan kegersangan bila diulit kedinginan.Jam menunjukkan pukul 4.30am.Aku mula teringatkan Sidia walaupun semalam aku baru jumpa dengan dia.Namun kerinduan itu mendahului dari segala-galanya.Aku hanya mampu mengingatkan saat-saat ketika kami di Pulau Jerejak dua minggu yang lalu..
Tanpa diduga..
Tanpa Disedari..
Tanpa dirancang..
Kami mula menjadi rapat.Mungkin kerna aku tiada mengenali ramai kengkawan masa itu. So kami banyak menghabiskan masa bersama-sama sepanjang berada di Pulau Jerejak.
Sejak hari itu hubungan kami menjadi lebih erat lagi. Lagu Bertahta Di Hati begitu bermakna buat kami berdua.

BERTAKHTA DI HATI

Dihempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Dipisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat lihat
Sinarnya menyala
Lihat lihat
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta di hati

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu siapa
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis

Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan
terhadapmu
Biar digugat
Biar dicabar
Biar dihalang

Kini kami berdua dalam fasal pertama.
Mengenali antara satu sama lain.
Berbicara dari hati kehati.
Kenangan lalu sebagai pedoman.
Dan....

Wednesday, May 11, 2005

tENTANg hIDUp

Saat ku melangkah kaki tiada kedengaran suara yang memanggil namaku.Tertusuknya rindu bagaikan membara.Tiada sesiapa yang tahu betapa peritnya ku rasa.Gementar dalam keresahan.Mengigil seluruh tubuh bagai kepucatan dalam kelesuan.Aku bagaikan diawangan tanpa imbangan.Semakin lama semakin berdebar-debar aku rasakan.Aku sendiri tiada tahu apa yang terjadi pada diriku sendiri.Yang aku tahu perasaan aku membuak-buak secara tiba-tiba.Aku seperti lelayang bila ditiup angin.Nafas kencang sampai ketahap tertinggi.Aku tidak dapat menyembunyikan perasaan sebenarku.Semakin aku cuba semakin naik turun saluran pernafasanku.Wajahku yang kelesuan tadi bertukar menjadi kemerahan.Apakah petandanya??
Hari ini dari pagi hingga kesaat aku update blog, kelopak mata kanan aku tidak berhenti-henti bergerak-gerak.Adakah petanda sesuatu perkara buruk akan berlaku??
Entahlah.. Aku hanya berserah dan bertawakal pada Yang Esa.Sebagai insan biasa, kita semua tidak akan terlepas dari segala dugaan ataupon rintangan...
Kini aku lebih selesa menyendiri dari menaruh harapan yang terlalu tinggi kerna takut tidak tercapai oleh tangan aku sendiri.Aku tahu dimana kemampuan diriku sendiri.So aku tidak harus terlalu kehadapan tapi harus selari dengan perjalan masa agar aku tidak hanyut dengan bebayangan aku sendiri.Itulah pegangan yang harus aku gariskan dalam meniti titian dalam menempuh hari-hari mendatang.Aku tidak seperti insan-insan yang lain yang cukup dengan pakej.Aku terdapat banyak kekurangan dalam diri aku.So aku tidak sebaik sepertimana insan lain.Seringkali mata memandang kearah diri aku,Aku kelihatan keriangan namun tiada siapa yang tahu sebenarnya kepahitan yang aku rasa.Aku tidak suka menyusahkan orang lain demi kepahitan yang Aku rasa.Biar di cengkam kegelisahan asalkan tiada yang rasai apa yang aku alaminya.
Percayalah setiap persahabatan yang terjalin sememangnya aku ikhlas dalam menyahutnya.Bagi aku,kawan biar ramai dan musuh jangan dicari.Kasih biarlah satu dalam menempuh saat-saat bersama.
WASALAM

Sunday, May 08, 2005

Pedih ...


Senja nan merah melabuhkan tirai dengan juraian silauan seribu cahaya mengambarkan putaran kehidupan tanpa henti..Selagi langit memayungi bumi selagi itu tiada nokhtah buat kita semua.Tanpa sebuah bahtera yang kukuh kita semua akan hanyut dan karam dilautan sepi nan kegersangan.
Dari cacian dan tohmahan aku terima sebagai angkara kata ungkapan dusta.Hatiku berendam hiba dalam meniti titian usang yang hampir reput dalam menanti hari-hari untuk rebah kebumi.Bayangan kelabu Sepi seorang pengemis ungkapan makna sebuah tuduhan.Sesaknya nafasku dengan kata-kata fitnah yang dilemparkan dalam kata-kata bersulamkan dusta.
Tiada makna bersuara sedangkan tuduhan tetap buat diriku.Kesan parut masih terasa dalam luka sukar untuk disembuhkan.Ku mencari penawar dalam menguatkan kekuatan diri sebagai pendinding dihari muka.Cabaran penuh liku lazimnya kan berlalu.Buang segala prangsanka yang datang tanpa rela.

Saturday, May 07, 2005

Mei Merubah segalanya

Kini Blog aku berubah wajah dan bertukar warna selari dengan tuntutan masa yang semakin mencabar dalam menitiarus kehidupan.Sebagai manusia yang kerdil aku hanya mampu berserah pada ketentuanNya.Tiada bahasa seindah kata-kata yang dapat aku coretkan melainkan kata-kata hati yang sentiasa dibelenggu oleh karenah-karenah sebuah kehidupan.
Mana mungkin aku tunduk pada itu semua.Takkan aku hendak membiarkan diriku dikuasai oleh orang lain melainkan diriku sendiri.Takkan aku terus hidup dengan bebayangan sendiri yang takut pada cabaran dan halangan.Mana bisa orang lain mengatur langkah-langkah untuk diriku dalam perjalanan menuju kesesuatu destinasi.
AHHH!!!! Itu semua sudah berlalu buat diriku kini.Yang pasti aku harus merencanakan diari kehidupanku pada masa hadapan dengan baik dan teratur tanpa was-was.
05/05/05 adalah satu angka sungguh bermakna buat diriku.Ia bukan sebarang angka namun penuh dengan kasih dan sayang.Tiada kata-kata dapat disimpulkan melainkan warna-warna pelangi menjadi saksinya.Kesuraman malam kini disinari bintang hati yang berkedipan disanubari.Bunga- bunga cinta kini berkembangan Ditaman Astakona.

RIWAYAT CINTA

Kau mengancam kebahagiaanku
Yang kita bina bersama
Waktu dahulu cinta hangat membakar

Kau tinggal diri ini
Dalam pelukan malam
Yang tak bermaya
Beginikah akhirnya


Kekasih...biar
Ku telan pahit bagaikan hempedu
Kerana cinta
Segar mewanginya ho... ho... cintamu

Kekasih... bila
Ku luah manis bagaikan bermadu
Riwayat cinta akan bersinar
Untuk selamanya

Kau yang bersama dalam hati
Beginikah akhirnya
Walau badai datang melanda
Akan ku teruskan pelayaran
Cintaku...

Sunday, April 10, 2005

MaNa MuNgKiN

Tiada tutur selembut bicara.Tiada kemanisan didalam senyuman.Kehangatan semalam hanyut dilautan sepi.Usah dikelirukan cinta antara ego dan Kedegilan.Semalam pasti tersimpan sisa-sisa kehidupan antara suka dan duka.Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.Hakikat sebuah hakiki lambang realiti sebuah kehidupan.Tanpanya hidup takkan beerti...
Hari-hari mendatang umpama permainan dalam sesuatu permainan.Ada yang menang ada yang kalah.Itu adalah dua perkara yang berbeza namun perjalanannya tetap satu menuju satu arah.Manusia terdiri daripada pelbagai kategori.Namun paling aku benci manusia yang dalam kategori yang suka menyalahkan orang lain.Apa yang dia buat adalah betul namun orang lain adalah salah.What ever lah...
Aku bukan yang suka cari musuh atau suka cari gaduh.Aku jenis yang suka mengikut rentak.Begaimana rentaknya begitulah tarinya.Itulah aku.Bagaimana orang melayan aku,begitu jugak aku akan melayan.Disini tiada ertinya orang mengatakan aku berubah sikap kalau ia tidak berpunca dari orang itu sendiri.Kita yang ada hati dan perasaan pasti akan terasa terkilan,tersinggung dan apa-apa aja yang sewaktu dengannya.Aku disini masih seperi dahulu malah tiada sebarang perubahan melainkan mengikut peredaran waktu.
Aku disini hanya bertindak balas jika ada terasa gegarannya.Macam gempa bumi kat Indonesia tempoh hari,yang turut mendapat tempias di Malaysia.Begitu jugak dengan aku.Biarlah orang nak kata apa tapi yang pasti aku tahu apa yang aku buat.Yang menanggung beban adalah aku bukan mereka-mereka semua termasuk juga kepada orang yang mengeluarkan kata-kata tersebut.Kalau tidak ada angin mana bisa pokok bergoyang.
Tapi yang peliknya mengapa harus melatah jika sudah terkena batang hidung sendiri.Hairan bin ajaib??? Sebelom membuat sesuatu perkara kita seharusnya menyelami diri sendiri.Betul tak apa yang orang lain kata??
Tapi hampehh..Tidak penah mengkaji apa yang kekurangan pada diri sendiri.
Setelah hati diracuni..Makan hati berulam jantung.. Mengapa aku seharusnya dipersalahkan seratus peratus.Diam tidak bererti salah..Senyap tidak bererti takut..
Sepi tidak bererti membenci..Cuma terkilan dengan apa yang terjadi..
Tanpa kepercayaan perhubungan menjadi hambar..
Tanpa berbincang perhubungan menjadi keliru..
WASALAM

Sunday, March 27, 2005

Pemergianmu Amat Dirasai

Sayup..sayup.. menyelimut kepiluan dihati.
Tiada kata selembut bicara dapat Ku lafaz.
Semuanya hilang dalam sekelip mata.
Ungkapan dibibir,Nukilan dihati tanpa diduga.
Ini semua sudah setahun berlalu.
Namun hakikatnya tiada Ku lupa.
Dulu aku penah menyanyangi dirimu.
Seperti mana engkau menyayangi diriKu.
Aku tahu,Aku mengerti semuanya sudah berlalu.
Kini engkau tinggal aku buat selamanya.
Tiada kepastian dihati.
Ku tagisi pemergianmu itu.
Setahun berlalu namun Kurasakan engkau masih disini.
Antara percaya atau tidak.
Itulah hakikat yang aku harus terima.
Aku pendam sebuah duka.
Kerna aku tiada lagi tempat untuk mengadu.
Aku relai kau pergi.
Kerna ia telah ditakdirkan.
Aku pasrah!!
Tanggal 28/3/2004 tetap segar dalam ingatan.
Itulah kali terakhir aku menatap wajah lesu mu.
Itulah kali terakhir aku dapat mengucup dahi mu.
Setahun sudah berlalu namun saat-saat itu masih segar diingatan.
Hanya airmata mengiringi pemergianmu.
Aku tidak sekuat sepertimana aku sangkakan.
Ia berlaku terlalu pantas.
Sepantas masa berlalu.
Kini memori lalu diulit perjalanan hidup ku.
Hanya doa Penyambung kasih sayang kita.
Akan Ku jaga amanah mu dengan baik.
Al-Fatihah.....

Sunday, March 13, 2005

Perjuangan Hidup

Tiada ungkapan bernafas cinta.
Ia lahir dengan sendiri tanpa diundang namun ia membara.
Ku titipkan sisipan lalu menjadi Debunga.
Agar terungkai kisah-kisah lalu menjadi memori.
Setiap yang terjadi ada hikmahnya.
Mana bisa melawan takdir.
Itu adalah ketentuan dariNya.

Ku intai dari tirai kamar.
Mencari erti kehidupan ini.
sejauh mana bumi menongkat langit.
Disitulah bermulanya kehidupan.
Merenung jauh mencari azali.
Aku hanya insan yeng kerdil.
TanpaNYa siapalah aku.

Hari ini.
Kehidupan harus diteruskan.
Biar gelora dijiwa.
Namun bait-bait Deyutan nadi.
Menguatkan semangatku.
Perjuangan masih belum selesai.
Selagi langit memayungi bumi.
Selagi itulah harus melangkah kehadapan.

Tiada nokhtah semalam untuk dikenangi.
Kaki harus melangkah menjejaki kemilauan.
Mencari damai dihati.
Tiada yang terindah melainkan kesabaran.
Nescaya Keazaman pasti terkunci rapi.
Selagi langit memayungi bumi.

Monday, March 07, 2005

semusim yang berlalu

Putus sudah kasih sayangku padamu. Ia pergi bersama-sama dedaunan kekeringan yang berguguran kebumi bila ditiup angin senja..
Mengapa kini kau datang menagih sisa-sisa cinta lama yang terkubur tanpa bernisan?.
Tidak cukupkah penyeksaanmu terhadap diriku pada waktu itu??
PAda waktu itu aku benar-benar menyayangi dirimu..
Madu aku persembahkan namun cuba kau racuni diriku..
Engkau bagai "enau dalam belukar"mementingkan ego mu dari segalanya..
Kini antara kita tiada apa-apa lagi hubungan/ikatan melain sesama insan.
Perpisahan yang berlaku adalah kemahuan dirimu sendiri tanpa memikir perasaan orang lain.Itulah sikapa mu.Aku bukan boneka untuk kau perdagangkan kehormatanku demi kepentingan dirimu.
Aku tidak tenggelam dilautan kemewahan.Aku tidak suka berkongsi kasih.Aku tidak mengejar itu semua melainkan kasih sayang dan kejujuran serta keikhlasan untuk hidup bersama.BIar dicengkam kesusahan asalkan kehidupanku bahgia bersama orang tersayang bukan senang dengan kemewahan tapi makan hati berulam jantung.Aku lebih rela terbang
bebas mencari makanan sendiri daripada hidup mewah didalam sangkar emas.
TIDAK WARASKAH AKU!!
BODOHKAH AKU!!
DEGILKAH AKU!!
Ahh!!itu semua tidak penting bagi diriku.Biarlah orang berkata-kata.MAna biasa aku dapat menutup semua mulut.Mulut tempayan bolehlah ditutup.Mulut manusia lebih tajam dari pedang.Itulah hakikat kehidupan ini.Pelbagai tohmahan dan cacian sering bermain dibibirnya dilemparkan padaku.Bagi yang kurang mengenali diriku secara dekat sememangnya mempercayai katanya.Pepatah ada mengata "tak kenai maka tak cinta"
So kenapa harus membuat penilaian sedangkan seseorang itu belom mengenali aku dengan lebih dekat lagi.Sesiapa yang mengenali aku lebih rapat pasti tahu hati budiku.
Aku tidak suka mencari musuh tapi suka berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan stastus.Itulah aku...
Engkau boleh bahgia dengan pilihanmu.Bahgia dengan madu-madumu.Bahgia dengan teman-temanmu.Aku bukan hipokrik untuk bersandiwara demi mengambil kesempatan keatas kesenangan orang lain.Itu bukan prinsip hidupku.Dari mula lagi aku telah memberi nasihat agar berhati-hati bila berkawan. Niat aku ikhlas namun aku dibalas dengan kata-kata keji.Bukan aku cemburu tapi sekadar memberi ingatan.Kita harus ingat semua yang berkawan dengan kita bukan dengan keihklasan hati tapi ader makna yang tersurat dan tersirat.Ada udang disebalik batu.Sememangnya masa kita berharta teman-teman sentiasa mendekati kita namun bila kita ditimpa kesusahan, teman entah kemana,lover hilang tanpa dijejaki.Itulah hakikat erti sebuah kehidupan
Percaturan aku tepat.Kini aku bahgia dengan kehidupanku.Walau serba kekurangan namun aku miliki segalanya.Aku ada keluarga,teman-teman dan orang yang tersayang yang sentiasa berada disisi dikala aku senang dan susah. Terima kasih semua!!!
Disaat aku lahir kegembiraan kau datang mengancam kebahgiaanku,yang aku bina bersama "Sidia" ketika cinta hangat membakar.
Dulu kau tinggalkan diri ini terkapai-kapai ditepian gelombang didalam pelukkan
malam yang tiada bermaya tanpa sisipan simpati... Beginikah akhirnya kau datang menagih cinta yang hanyut dilautan sepi setelah kau kehilangan segala-galanya.
Dimanakah silapnya??
Ratapan naluriku memanggil namamu dahulu,kau tidak perdulikan.Aku hampir-hampir tewas dalam gelombang yang ganas ini.Lebih ganas dari stunami.Percayalah dihatiku kini tiada sedikit pun ruang buat dirimu.BUkan aku membenci dirimu tapi aku membenci sikap egomu.Pergilah!!! jauh dariku.. Usah dikelirukan cinta lagi yang terkusut jiwamu merana.
Kesannya teramat jelas,luka dihatiku makin beredar waktu namun hakikatnya sudah ditakdirkan. Bila bebayangan datang memenuhi ruang hati yang terluka tiada rasa hilang tiada terdaya hendak ku lupakan betapa pedihnya azab yang terpaksa aku tanggung akibat perbuatanmu.
Sejarah yang melafazkan semua.Waktu dimana kau menerima daripada perbuatanmu sendiri.
SEKIAN>>>

Saturday, March 05, 2005

MaC

Mac datang lagii..
Bulan Mac terkandung dalam pelbagai memori pahit manis dalam lipatan sejarah dalam hidupku..
Ketawa..
Tangisan..
Adalah dua resepi dalam rempah kehidupan manusia.
Hujung bulan ini pada tanggal 31/3/2005 genap usiaku 28tahun.Maka bertambahlah usia ku..
Tapi itu semua tidak menjadi penghalang asalkan aku bahgia hidup bersama-sama dengan keluarga,teman-teman dan orang tersayang "Rie. Aku harap perhubungan kami berpanjangan selagi langit memayungi bumi.Kita hanya merancang tapi ketentuan olehNya.Sebagai manusia aku hanya mampu berserah..
Aku akui sepanjang perjalanan hidupku bersamanya
"RIE" banyak dugaan dan cabaran terpaksa aku tempohi seperti dimana ada gula disitu banyak semut kelihatan yang datang berkerumun.Itulah hakikatnya.Tapi aku yakin,keiklasan dan kejujuran adalah senjata yang terbaik utk menentang anasir-anasir yang tidak diundang ini dengan penuh kesabaran..
Biasalah hidup berkasih tidak dapat lari dari pergolakkan."Sedangkan lidah lagi tergigit" Inikan pulak kita insan biasa yang pasti akan menghadapi semua ini.Itu semua lumrah dalam kehidupan manusia.
Hajat aku tahun lalu belum tertunai lagii..
Hasratku pada tahun lalu ingin memakai serba putih pada ulangtahun ku yang ke-27 tahun namun hasrat itu terkubur bersama-sama igauan buruk hingga kesaat ini aku seolah-olah bermimpi disiang hari..
Hasrat ku itu disempurnakan oleh ayah aku dimana beberapa hari menjelang birthday aku pada 28/3/2004 ayah aku elah pergi menyahut panggilan Yang Maha Kuasa.Betapa sedihnya hatiku Bila terkenangkan saat itu.Macam tak percaya dengan apa yang berlaku.Tapi sebagai Islam aku redza dengan ketentuaNya...
ALFATIHAH...
Bagi menyambut hari ulangtahun yang ke-28 tahun aku belom pasti lagi samaada hendak meneruskan hasrat tesebut ataupun tidak.
Semuanya bergantung pada keadaan.Lagipon aku belom lagi berbincang dengan RIE.Saat dan ketika ini Rie belom tau lagi hasrat aku yang tersimpan sejak tahun lepas.Bagi aku itu semua tidak penting asalkan pada hari lahir aku nanti aku dapat sambut bersama RIE.Itu adalah hadiah yang bermakna buat diri ku...

Sunday, January 30, 2005

Cuti Raya Cina

Bulan depan aku mula bercuti seminggu sempena Tahun Baru Cina dari 5/2 sampai 13/2.
Perancangan tu nak pegi kl.Tapi aku tak pasti lagi samada nak pegi atau tidakkkkk...
Itu semua bergantung pada keadaan semasa.Tapi kalau ikutkan hatiku memang aku
nak pegi.Iyerlah nak jumpa Insan tersayang.Kalau tak pegi mana-mana pon terasa rugi gak sebab selepas ni dah tiada cuti panjang dah.Mau tak mau aku kena buat perancangan yang berbaloi untuk diriku sendiri..
Pergi!!! kata hatiku.Mau sangat ler kalau cam tu.Tapi aku rasa tak selesa lak nak
nak duduk umah orang.Iyerlah kedatangan aku nanti menyusahkan orang pulak.Setiap
hari aku menghitung hari.Aku rasa lambat sangat masa berlalu.Umpama pusingan bumi
terhenti seketika bagaikan menguji kesabaranku.Namun semuanya ku hadapi dengan
penuh kesabaran.Gunung dikejar takkan lari tapi kalau dikejar kerbau semua orang
akan lari.Tahu takper!!
Kata sepakat sudah aku capai bersama Rie.Cuma menanti hari dan waktu saja.Aku tahu, Rie juga pasti berasa apa yang aku rasa sekarang.Aku terlalu rindu saat-saat bersama Rie tempoh hari.Aku bukannya insan sempurna yakni dapat memenuhi kehendak semua orang termasuklah kehendak Rie.Aku sudah cuba menjadi yang terbaik.Sayang maafkan Nas jika tidak dapat memenuhinya.Nas janji akan berusaha untuk mencapai kehendak itu.
Berilah Nas masa.
Rie tunggu yer... Nas pasti akan datang!!!
Masa itu Nas nak peluk Rie sepuas-puasnya..
Nak hilangkan rasa rindu yang semakin membara..
I LOVE U...

Saturday, January 29, 2005

MaLam

Malam menjelma lagi
Suasana kini berubah warna
Kesamaran cahya memecah kegelapan
Tiupan angin membangkitkan suasana

Nyayian unggas bergema mengikut rentak
Suara pungguk tanpa jemu merayu-rayu
Kicauan burung entah dimana
Keluang berterbangan silih berganti

Dicelahan awan bulan berbicara
Bintang-bintang bertaburan bagaikan berpesta
Awan berarak perlahan mengikut irama
Sinaran bulan menyemarakkan malam

Dari jauh sawah padi bagaikan hamparan permaidani
Pohon nyiur melambai-lambai menggucap selamat malam
Bukit bukau,gunung ganang menanti keesokkan hari
Kini malam semakin larut..

Hati Kama

Temenung dalam gelisah
Ku dakap potret cinta
Terimbas kini masa kita bersama
Tercoret dalam rindu
Kulihat purnama merindu
Itu semua bagaikan gahara

Meniti hari-hari dalam kesamaran
Mimpi bertandang lagi
Bila terjaga jasadku terus berdiri
Mencarimu entah dimana

Bagaikan terdengar suara
Sedang memanggil-manggil namaku
Seringkali aku mencari suara itu
Tiada persoalan yang terjawab
Diriku terpaku seketika

Sabar menanti setiaku disini
Tiada yang lain hanya dirimu seorang
Ku pasti!!!
Penatiaan ku bukan sia-sia

Cintamani suci tersergam indah
KU persembahkan buat dirimu
Dimahligai syahdu
CInta kita bersemi

Selagi mentari menyinari
Akan ku susuri kelembah asmara
Akan aku renangi Kedasar hatimu
Untuk bersamamu selamanya..

PeNgEmIS RiNdu

Sepiku bagaikan seorang perindu
Ini kali pertama sejak sepurnama
Aku benar-benar merindui rie
Sebelom ini bukan aku tak rindu
Tapi kali ini aku rasa lain sekali tanpa Rie disisi
Aku rasakan jiwa kekosongan
Hari pertama Rie pulang ketempat asalnya
Rinduku padanya membara sekali,,
Aku masih ingat detik-detik aku meninggalkan Rie sebelom aku pegi keje.
DEngan langkah longlai aku menghampiri rie.Aku meminta diri dulu.Kami
berpelukkan dan Rie mencium aku berkali-kali.Rasa hiba menyelubungi tubuhku.
Ku gagahi jua melawan semua ini...
Rasa kesal dan terkilan kerana petang itu aku tidak dapat menghantar Rie
dekat stesen bas.Apakan daya!!!.Bukan niat aku sedemikian.TAPiii...
Aku tengah keje waktu itu.Ditempat keje fikiran aku hanya teringatkan
Rie.Sudah balikkah dia? atau masih disini?
Semuanya menjadi tanda tanya buat diriku.
Ini semua angkara handphone aku rosak so tak dapat nak perkhabaran dari Rie.
Hari pertama tanpa Rie aku seolah-olah tidak berada dialam nyata.
Fikiran melayang entah dimana destinasinya.kehidupanku bagaikan terhenti
seketika.Perasaanku mula berbaur keresahan.Betapa peritnya aku rasakan
tanpa hp disisi,so susah nak tahu perkembangan setiap waktu.Aku gelisah
sendiri bagaikan cacing kepanasan.Aku rasa jauh sekali dari Rie.
Sejauh-jauhnya..Aku terasing ditempat sendiri.
Sepanjang perjalanan ketempat keje aku bagaikan penyangak dijalan raya.
Aku pandang kanan.. aku pandang kiri.. untuk mencari public phone.Aku hampa
semua public ph yang aku jumpa tidak boleh guna.Aku rasa marah sangat pada
manusia -manusia yang tidak tahu menghargai kemudahan awam.Kekecewaan
mula aku terasa..Manik-manik jernih mula bergenangan dikelopak mataku.Aku
hampa sekali.Duit syiling RM2.40 yang aku tukar distesen minyak masih aku
gengam ditangan kanan.Aku renung syiling tadi lama-lama.
Aku teruskan perjalanan ketempat keje.Sampai distesen minyak petronas
dekat Permantang Pauh aku singgah sekejap sebab ternampak beberapa public
phone kat situ.Aku mula tersenyum sambil berdoa didalam hati moga kali ini
permintaan aku diperkenan.
YES!!!! Aku menjerit sekuat hati..Beberapa orang kat situ memerhati aku dengan
tanya tanya.. heheheh..
Malunya aku..
Biarlah detik hatiku..
Yang pasti kali ini aku tidak hampa lagi..
Aku masukkan syiling tadi dan mula dail walaupon jari jemariku memngigil.
Tut..tut..tut.. Bunyi talian.
Tiba-tiba aku terdengar satu suara yang tidak asing lagi buat diriku.
Hello.. itulah kata-kata pertama dari RIe.
Hatiku melonjak gembira bila Rie mula bersuara.Aku dengan nafas yang
terketar-ketar membalas kata-katanya."rindu saya ker"Rie bertanya.Aku
diam seketika.Itulah kata-kata yang membuat aku tenggelam dilautan rindu.
walaupon sekejap aku dapat berbual dengan Rie namun aku puas.Jarak kl dengan p
penang hanya RM2.40 berapa lama dapat kami berbual.DIsiang hari lak.
Semuanya untuk mu....

Thursday, January 27, 2005

HaKiKaT SeBuAh CiNtA

Ku buai rindu semerbak kasturi
Ku pintalkan keikhlasan agar tersimpul rapi
Ku ikatkan janji semoga dikotakan
Ku buang prasangka supaya terhindar kemusyikilan
Ku belai kasih sayang untuk merapatkan hubungan
Ku himpunkan doa agar kita bahgia besama
ku titipkan sisa-sisa kenangan sebagai pedoman
Ku terokai lautan untuk untuk mencari kedamaian
Ku tembusi bebayangan untuk bersamamu
Ku binakan tugu sebagai peringatan
Ku turuni lembah untuk mencari erti perhubungan
Ku renangi tasik,merentasi lautan mencari pelabuhan cinta
Ku terbangi diawangan mencari sinar bahgia
ku intai disebalik tabir untuk menyelami hatimu
SEMUANYA UNTUK MU

KeRiNdUaN SeMaLaM

Sayang dengarlah rintihan hatiku padamu
Aku rindu,Aku cinta padamu
Tiada kata-kata dapatku lafazkan
Tiada gambaran dapat ku lukiskan
Yang pasti hati berkata kau milikku

Malam tadi aku tido sendirian
Kini kau kembali ketempat asalmu
Aku jadi tidak keruan
Memikirkan dirimu seorang

Ku titipkan janji-janjimu diingatanku
Ku potretkan wajahmu dikamar hatiku
Ku tintakan kenangan bersamamu dijiwaku
Ku persembahkan Cinta hanya padamu

Kejujuran terbina dari keluhuran hati
Keikhlasan terbit dari hati tanpa disedari
Kesetiaan terpaut dari kepercayaan antara dua hati
Kasih sayang Mendekatkan dua jiwa satu hati.

Wednesday, January 26, 2005

KUNTUMAN BERKEMBANGAN

Hari ini aku sudah mula keje!!.Ah boring rasanya..
Dah seminggu aku bercuti. Apa dayaku hendak menolak semua itu.
Inilah periuk nasi ku..

Hari ini klu lover aku balik kl aku tak dapat hendak antar dia ke bus stesen.
Aku keje petang hari ni.Aku hanya bergantung pada member-member rapat jer.
Sudah seminggu lebih lover aku kat Penang.Raya haji tahun ini aku beraya bersamanya dikampung aku.Seronok sangat dapat beraya brsama dengan orang tersayang pada hari yang tersebut.Iyerlah ini kali pertama aku dapat bersama-sama dengan orang tersayang pada hari yang bahgia.Bangun pagi pergi sembahyang bersama-sama dan selepas itu pergi pusara bersama dengan ahli keluarga aku.


Selepas balik dari sembahyang aku bersama lover pergi beraya umah member bersama-sama teman rapat.Aku rasa sungguh gembira sekali pada hari itu walaupon pada sebelah pagi aku menitiskan air mata dipusara ayahku.INilah kali pertama aku beraya tanpa ayah disisiku.Semasa dipusara hanya tuhan jer yang tahu betapa pilunya ku rasa tanpa kehadiranya disisi.Tiada segan silu lagi menguasai diri bila air mata ku gugur membasahi pipi ketika itu.

Berat rasa hati ini hendak berpisah dengan orang tersayang.Kalau dia balik petang ni nampaknya raya cina lak baru aku boleh jumpa dengan nya lagi.....
AHHHHHHhhhh...
Tak sanggup rasanya nak berpisah walaupon sesaat..heheheheh
Tapi yang penting kejujuran dan keikhlasan benteng dalam perhubungan ini..
Aku setia menanti mu disini biarpon tak kunjung tiba selagi mentari memayungi bumi....


Tuesday, January 25, 2005

GuRaUaN BeRkaSiH

Irama tanpa lagu tak seindah pelangi tak kunjung tiba..
Bulan purnama tanpa sinar bagaikan semilir senja yang berlalu..
Mentari menyinar diselubungi awan terpilu..
Bunga-bunga cinta yang mekar mengelilingi taman-taman yang terpinggir..
Itulah hakikatnya Erti sebuah kekecewaan..

Namun kini semuanya sudah berubah..
Irama dan lagu tidak dapat dipisahkan..
Jika dipisahkan pincanglah lagu..
Itulah perasaan ku saat dan ketika ini..
Tanpa senyumanMu itu kelam Ku rasa dunia ini..
Tanpa gurauan sendaMu sunyi kehidupan Ku..
WajahMu penawar kala Ku keresahan..


Tapi yang lucunya kehidupan kami berubah ketika bersama teman-teman..
Entah camner hendak Ku sampaikan..
Apabila bersama teman-teman kami sering jer bergaduhh..
Sapa nak jawab??/..
Tapi itulah hakikatnya//..
Tahu takper!!..
Kekadang tu memang gaduh besaq!!..
Bukan lakonan tapi ia memang realiti..
Hhehehehe..
Munkin ini dikatakan Cinta "DUA DALAM SATU"
Kasih sayang+Pertengkaran.
Itulah Cinta "NASRIEZ"..
Apabila kami berdua salah seorang pasti akan memujuk..
Tapi sendiri mau ingat la.
Siapa yang mula dulu dialah yang kene pujuk..
Itulah rutin kami seharian dalam meniti kehidupan ini..

Aku bahgia berada disampingnya..
Aku seronok dengan gurauannya..
Aku kekok dengan perlakuannya..
Aku hayati saat-saat bersamanya..
Aku gelisah bila tiada disisinya
Aku terharu dengan take care nya..
Percayalah hanya engkau yang bertahta dihatiku..

LEO SABRI..

Hari ini,hari esok perjalanan hidup kita semakin jauh..
Pelbagai rintangan pasti akan mengejar kita berdua..
Tanpa perisai kita pasti akan tertewas..
Tertewas dengan keaadaan..
Keadaan tidak seindah seperti mana yang kita berdua harapkan..
So sama-samalah kita berganding bahu,bersatu hati untuk tegakkan mahligai yang didirikan..
Bulatkan tekat,kuatkan semangat untuk kita sama-sama pertahankan kubu yang dibina..
Janjilah padaku Kesetiaan yang diikat takkan pupus selagi Mentari Memayungi Bumi..


Aku masih ingat lagi pada tanggal 18/01/2005 Engkau hadiahkan Aku sebentuk cincin
yang sama sepertiMu pakai dijari manisKu..
Cincin ini Kunama kan ia "Nasriez" sebagai lambang cinta kita berdua..
Ia sentisa berada dijari manisKu tak kira dimana jua Ku pergi ia sentiasa menemani Ku.Seolah-olah engkau sentiasa menemani diriku selalu tak kira waktu siang ataupon malam tapi yang pasti Cincin ini amat bererti buat kita berdua..
Selepas itu kita sama-sama celebrate dekat Pizza Hut bersama teman-teman rapat..
Bahgianya Aku rasakan ketika itu..
Rasa macam dunia ini Ana yang punya..



...JUMPA LAGI DILEMBARAN AKAN DATANG....

Friday, January 21, 2005

GeRhAnA BeBaYaNgAn

Tiada kata-kata seindah bahasa,
Melainkan gambaran yang seiring gan bayanganmu yang lalu
sentiasa bermain dipikiranmu...
Mengapa ia masih segar selepas disirami hujan lewat malam..
Mengapa mereka yang telah kering kontang bak kemarau panjang itu harus dipayungi dek matahari yang berpanjangan sedangkan aku yang masih tercari-cari sinaran untuk bertapak engkau biarkan terkapai-kapai dilautan sepi...
Engkau persendakan diri ini... umpama aku seolah-olah tiada penah ujud dalam diriku..
Yang pasti engkau hanya mengorek rahsiaku dari teman2mu utk mempersendakan diriku..
Itu yang engkau mahu sebenarnyakan...
Puaslah hatimu jika dengan apa yang engkau buat itu dapat melepaskan gerammu padaku..
Asalkan ia memberi kepuasan pada dirimu dengan menyakiti hatiku..
Aku pasrah..
Aku tahu..
Aku Redza..
Aku mengerti..
Apa yang berlaku ini semuanya dari kenanganmu yang lalu..
Jangan tanya?????
Sampai dimana tahap kelukaan ku ini..
Biarlah luka itu mengering sendiri namun kepedihannya tetap terasa kesakitannya.
Usah dikelirukan antara cinta dan nafsu...
Ia adalah dua perkara yang berbeza..
CINTA adalah suatu perasaan yang sukar digambar dengan kata2..
Ia datang dengan sendiri tanpa diundang...
Sesiapa yang penah mengalaminya pasti akan tahu betapa indahnya kurniaan tuhan pada umatnya yang terukir pada hati kita..
NAFSU adalah suatu perasaan yang yang didalangi oleh orang ketiga..
Tahu takperr....
Tiada niat dihatiku untuk menyakiti hati sesiapa sama ada secara langsung mahupun tidak langsung...
Tapi yang pasti hatiku telah menjadi debu-debu cinta yang ditiup angin senja bersama-sama dengan helaian dedaunan yang berguguran kebumi...
Aku tidak sesekali menyalahkan dirinya tapi aku menyalah diriku sendiri...
Aku tak dapat tunaikan sepertimana kemahuan yang dia mahu..
Itulah aku yang sebenarnya..
Aku tidak penah membezakan antara engkau,dia mahupon sidia..
Setiap orang ader rentak dan irama masing2..
So aku akan menari mengikut rentak dan irama yang telah dimainkan..
So mengapa ini menjadi persoalan buat dirimu...
Tiada ungkapan bebayangan lalu menghantui diriku bila aku bersama dengan orang yang tersayang..
Yang lalu...
Biarlah ia berlalu..
Tiada istilah untuk aku mengimbasi kenangan lalu..
Tidak cukupkah pengorbananku padamu selama ini..
Perlu ker menceritakan lover-lover yang terdahulu setiap hari tanpa sebab!!!
Sapa nak jawab???
Tahu takper!!
TERsentap!!!
Migrain!!
Itulah ungkapan Yang sentiasa bermain-main dibibir..
Mengapa harus TERSENtap!! dan Migrain jika persoalan yang akan dijawab kelak akan membuatkan tido malam mu gerhana..
Tahu takper!! TAPI kenapa tanya??
Lepas tu makan dalam...
Kuang..Kuang..kuang..
Selamilah dirimu itu sejauhmana sayangmu padaku..
Usah bertanya dimana kejujuranku sedangkan engkau diselubungi Awan yang Terpilu..
Dimana keadilannya balik-balik aku yang disalahkan..
Renungilah Hari-hari yang berlalu saat-saat kita bersama..
Renangilah suka-duka kehidupan kita bersama..
Teguhkah tugu yang didirikan??
Bertahankah empayar yang dibina??
SEMUANYA TEPUK DADA TANYA SELERA....

Sunday, January 02, 2005

TINGGAL TANDATANYA??

Hari2 berlalu dengan pantas sekali..
Semakin hari semakin jauh aku merenung jauh pada dirimu..
titisan demi titisan air mata ku jatuh berderai..
Mengingatkan kata2mu Yg Mghiris perasaanku..
Hinakah aku dimatamu?? Mengapa peristiwa lalu kau menghukum aku sedemikian rupa..
Bagaimanakah akan ku mula? Membuatkan mu percaya akan erti keikhlasan n kejujuran.
Angin lalu biarlah ia pergi..Pergi jauh sejauh jauhnya. Apakah kau rasakan apa yang aku rasa sekarang.Perasaan rindu yang membara..
Kita jadikan semalam umapama bayang2.. Bayang2 yang tak dapat ditangkap semula.
Yang tingal hanya memori semalam sebagai pegangan utk hari ini.
Andai kau tutur ditirai sufi tapi terang tidak ditempat terang.. Sufi kau hilang dipandangan seandai hilang kepercayaan.
Sekali air sungai mengalir, sekali pasir berubah..
Hakikatnya memang sudah tersurat..
Hati ingin berbicara dimanakah silapnya??
Hati ingin merasai nikmatnya cinta seperti yang diperkatakan.
Itukah falsafah yang menjadi ikutan??
Tiddaakkk!!!!!!
Cinta sejati lahir dari hati nurani yang ikhlas.
Saling memahami antara satu sama lain.
Kasih sayang yang tiada sempadan.
Tiada keraguan dalam perhubungan.
dan lain2 lagi.
SEks aderlah pengerat utk memastikan hubungan semakin hari semakin membara,
MUlai saat dan ketika ini buanglah yang keruh ambillah yang jernih.
Marilah kita sama2 bergading bahu memastikan mahligai yang kita bina bertahan dari segala ribut taufan mgkin yang lebih dahyat lagi dari tsunami.
Kini aku mula memahami dirimu walaupon kekadang aku keliru siapakah dirimu yang sebenar???
Bukan niat aku nak mengokong dirimu tapi aku nak kau jalani kehidupan normal separtimana org lain.. Ikutlah masa n waktu yang diperuntukan utk kita dalam masa 24jam.Saya tak memaksa tapi bangunlah dari mimpi disiang hari..
Tiada gunanya berfikir tapi tak diikuti gan perbuatan.kata perpatah yang bulat tak datang bergolek dan pipih tak datang melayang klau kita tak berusaha.
Aku bahgia bersamamu..
TAnpaMu disisi waktu bagaikan terhenti..
I LOVE U...

Saturday, January 01, 2005

TAHUN 2005

Kini tibanya tahun 2005..
Tahun 2004 hanya tinggal kenangan..
Pelbagai peristiwa telah mewarnai kehidupan aku..
Menjelang tahun baru ini aku harus melangkah kehadapan tanpa menoleh ke belakang lagi.. tanpa keberanian langkahku akan terhenti..
Oleh itu aku harus bangkit dari celah2 kehidupan yang pasti mencabar dari hari kesehari.
Aku harus daki puncak2 Untuk mencari tapak untuk mendirikan mahligai yang diimpikan.
Berenang renang mencari sinar untuk untuk kebahgiaan aku bersama sidia.
Berjalan jauh tanpa henti untuk mengenali diriku n sidia gan lebih mendalam lagi.
Sepanjang perjalanan itu nanti akan ku kutip segala serpihan kehidupan untuk dijadikan panduan.


BUat yang tersayang...
Sama2lah kita membajai benih2 cinta yang kita semai bersama.
Siramilah ia selalu agar tumbuh merinbun n kembangan mewangi ditaman "NasRiez".
Ia adalah simbol dimana kita berdua telah disatukan.
Usahlah kau meragui keikhlasan n kejujuranku lagi..
Kasihsayang ku hanya untuk Mu sorang..
Namamu kini Kutinta dihatiku..
Biarlah antara kita tiada rahsia.
I LOVE U SO MUCH...