Wednesday, January 26, 2005

KUNTUMAN BERKEMBANGAN

Hari ini aku sudah mula keje!!.Ah boring rasanya..
Dah seminggu aku bercuti. Apa dayaku hendak menolak semua itu.
Inilah periuk nasi ku..

Hari ini klu lover aku balik kl aku tak dapat hendak antar dia ke bus stesen.
Aku keje petang hari ni.Aku hanya bergantung pada member-member rapat jer.
Sudah seminggu lebih lover aku kat Penang.Raya haji tahun ini aku beraya bersamanya dikampung aku.Seronok sangat dapat beraya brsama dengan orang tersayang pada hari yang tersebut.Iyerlah ini kali pertama aku dapat bersama-sama dengan orang tersayang pada hari yang bahgia.Bangun pagi pergi sembahyang bersama-sama dan selepas itu pergi pusara bersama dengan ahli keluarga aku.


Selepas balik dari sembahyang aku bersama lover pergi beraya umah member bersama-sama teman rapat.Aku rasa sungguh gembira sekali pada hari itu walaupon pada sebelah pagi aku menitiskan air mata dipusara ayahku.INilah kali pertama aku beraya tanpa ayah disisiku.Semasa dipusara hanya tuhan jer yang tahu betapa pilunya ku rasa tanpa kehadiranya disisi.Tiada segan silu lagi menguasai diri bila air mata ku gugur membasahi pipi ketika itu.

Berat rasa hati ini hendak berpisah dengan orang tersayang.Kalau dia balik petang ni nampaknya raya cina lak baru aku boleh jumpa dengan nya lagi.....
AHHHHHHhhhh...
Tak sanggup rasanya nak berpisah walaupon sesaat..heheheheh
Tapi yang penting kejujuran dan keikhlasan benteng dalam perhubungan ini..
Aku setia menanti mu disini biarpon tak kunjung tiba selagi mentari memayungi bumi....


No comments: