Saturday, January 01, 2005

TAHUN 2005

Kini tibanya tahun 2005..
Tahun 2004 hanya tinggal kenangan..
Pelbagai peristiwa telah mewarnai kehidupan aku..
Menjelang tahun baru ini aku harus melangkah kehadapan tanpa menoleh ke belakang lagi.. tanpa keberanian langkahku akan terhenti..
Oleh itu aku harus bangkit dari celah2 kehidupan yang pasti mencabar dari hari kesehari.
Aku harus daki puncak2 Untuk mencari tapak untuk mendirikan mahligai yang diimpikan.
Berenang renang mencari sinar untuk untuk kebahgiaan aku bersama sidia.
Berjalan jauh tanpa henti untuk mengenali diriku n sidia gan lebih mendalam lagi.
Sepanjang perjalanan itu nanti akan ku kutip segala serpihan kehidupan untuk dijadikan panduan.


BUat yang tersayang...
Sama2lah kita membajai benih2 cinta yang kita semai bersama.
Siramilah ia selalu agar tumbuh merinbun n kembangan mewangi ditaman "NasRiez".
Ia adalah simbol dimana kita berdua telah disatukan.
Usahlah kau meragui keikhlasan n kejujuranku lagi..
Kasihsayang ku hanya untuk Mu sorang..
Namamu kini Kutinta dihatiku..
Biarlah antara kita tiada rahsia.
I LOVE U SO MUCH...

Thursday, December 30, 2004

Laguku untuk Mu

KEABADIAN CINTA

Selembut bicara
Sehalus sentuhanmu
Layangan pesonamu

Tak mungkin ku lupa
Jelingan pertama
Nan indah penuh makna

Akan kusahut cintamu itu
Bersama kita menuju bahagia


Takkan lagiku sendiri
Kasih yang berlabuh kini
Terasa keabadian cinta kau beri
Mungkin kadang ku bermimpi
Sebahagia begini
Ini bukan (nya) ilusi
Oh kasih

Seindah irama
Gemersik suaramu
Mengalun sepiku yang merindu

Akan kusahut cintamu itu
Bersama kita menuju baha
Tuhan merestui
Bahagia begini
Kasihmu nan suci

Wednesday, December 29, 2004

MALAM YANG SINGKAT

Saat paling manis ialah saat2 bersama orang tersayang...
Namun masa begitu mencemburui..
Setiap detik n saat begitu pantas masa brlalu..
Inikah dikatakan penangan cinta??
Saper nak jawab??
Hari2 mendatang membuatkan aku gelisah mimpi..
Adakah aku dapat membahgiakan dirinya..
Itu semua menjadi persoalan dikotak pikiranku..
Tanpa keberanian hidup kita tak dapat direncanakan..
Perjalanan idup mengajar aku erti kehidupan..
Kedewasaan ini memberi petunjuk dimana arah tuju kita..
Kata2 hati menguatkan aku bahwa..
Kehidupan semalam umpama mengejar bayangan..
Kehidupan hari ini umpama sangsuria yang yang terbit diufuk timur..



Pertemuan tanpa diundang...

Jodoh pertemuan dtangan tuhan.. Sebagai hambanya kita tidak tahu apa yg akan brlaku pada hari esok melainkan gerak kata hati sendiri. Orang boleh kata apa yang mereka suka tapi hakikatnya hanya diri kita sendiri yg tahu.Biarlahhh.. janji aku tahu apa yg aku buat n tidak myusahkan sesiapa.. Oklah melalut lak aku ni..heheheh
Aku masih ingat lagi mula2 aku jumpa dia...
Masa tu dia baru sampai dari Alor Star.Dia datang umah member kat b,woth..
So dari sinilah bermulanya detik2 pertemuan pertama kami.Sebenarnya aku dtg umah member hari tu nak tenangkan pikiran yg trganggu..
Aku tak tahu pada siapa aku nak mengadu.. Kesedihan yg aku alami ni membuatkan diri aku benar2 trtekan..
Tapi tanpa diduga hadir seseorang yg memberi kata2 perangsang n semangat pada aku utk terus menuju gan gahnya kehadapan gan pelbagai nasihat n teladan..
dengan itu aku dapat rasakan sesuatu kekuatan dlm diri aku utk melawan..
Dia juga mgambil berat ttg kesihatan aku semasa aku sakit tempoh hari..
Dia jaga aku gan baik sekali.. dari situ aku trpikir ader jugak org yg menyangi diri aku walaupun dia baru mengenali aku...
Sejak itu aku mula menyayangi dirinya gan sepenuh hati walaupun pada mulanya aku akui mmg aku keliru... Kini aku benar2 menyayangi dirinya. kalau dia baca ruangan ni"sayang percayalah Diri ini amat menyayangimu".
Aku tahu dia masih lagi meraguinya...
Mungkin dah jodoh kami... kami telah disatukan..
aku pasrah gan apa yang berlaku..
yang pasti kini aku benar2 bahgia bersamanya insan yg aku sayangi.....

Tuesday, December 28, 2004

1st time...

testing 1 2 3... i just start my own blog... see yeah!