Saturday, January 29, 2005

PeNgEmIS RiNdu

Sepiku bagaikan seorang perindu
Ini kali pertama sejak sepurnama
Aku benar-benar merindui rie
Sebelom ini bukan aku tak rindu
Tapi kali ini aku rasa lain sekali tanpa Rie disisi
Aku rasakan jiwa kekosongan
Hari pertama Rie pulang ketempat asalnya
Rinduku padanya membara sekali,,
Aku masih ingat detik-detik aku meninggalkan Rie sebelom aku pegi keje.
DEngan langkah longlai aku menghampiri rie.Aku meminta diri dulu.Kami
berpelukkan dan Rie mencium aku berkali-kali.Rasa hiba menyelubungi tubuhku.
Ku gagahi jua melawan semua ini...
Rasa kesal dan terkilan kerana petang itu aku tidak dapat menghantar Rie
dekat stesen bas.Apakan daya!!!.Bukan niat aku sedemikian.TAPiii...
Aku tengah keje waktu itu.Ditempat keje fikiran aku hanya teringatkan
Rie.Sudah balikkah dia? atau masih disini?
Semuanya menjadi tanda tanya buat diriku.
Ini semua angkara handphone aku rosak so tak dapat nak perkhabaran dari Rie.
Hari pertama tanpa Rie aku seolah-olah tidak berada dialam nyata.
Fikiran melayang entah dimana destinasinya.kehidupanku bagaikan terhenti
seketika.Perasaanku mula berbaur keresahan.Betapa peritnya aku rasakan
tanpa hp disisi,so susah nak tahu perkembangan setiap waktu.Aku gelisah
sendiri bagaikan cacing kepanasan.Aku rasa jauh sekali dari Rie.
Sejauh-jauhnya..Aku terasing ditempat sendiri.
Sepanjang perjalanan ketempat keje aku bagaikan penyangak dijalan raya.
Aku pandang kanan.. aku pandang kiri.. untuk mencari public phone.Aku hampa
semua public ph yang aku jumpa tidak boleh guna.Aku rasa marah sangat pada
manusia -manusia yang tidak tahu menghargai kemudahan awam.Kekecewaan
mula aku terasa..Manik-manik jernih mula bergenangan dikelopak mataku.Aku
hampa sekali.Duit syiling RM2.40 yang aku tukar distesen minyak masih aku
gengam ditangan kanan.Aku renung syiling tadi lama-lama.
Aku teruskan perjalanan ketempat keje.Sampai distesen minyak petronas
dekat Permantang Pauh aku singgah sekejap sebab ternampak beberapa public
phone kat situ.Aku mula tersenyum sambil berdoa didalam hati moga kali ini
permintaan aku diperkenan.
YES!!!! Aku menjerit sekuat hati..Beberapa orang kat situ memerhati aku dengan
tanya tanya.. heheheh..
Malunya aku..
Biarlah detik hatiku..
Yang pasti kali ini aku tidak hampa lagi..
Aku masukkan syiling tadi dan mula dail walaupon jari jemariku memngigil.
Tut..tut..tut.. Bunyi talian.
Tiba-tiba aku terdengar satu suara yang tidak asing lagi buat diriku.
Hello.. itulah kata-kata pertama dari RIe.
Hatiku melonjak gembira bila Rie mula bersuara.Aku dengan nafas yang
terketar-ketar membalas kata-katanya."rindu saya ker"Rie bertanya.Aku
diam seketika.Itulah kata-kata yang membuat aku tenggelam dilautan rindu.
walaupon sekejap aku dapat berbual dengan Rie namun aku puas.Jarak kl dengan p
penang hanya RM2.40 berapa lama dapat kami berbual.DIsiang hari lak.
Semuanya untuk mu....

No comments: