Friday, January 21, 2005

GeRhAnA BeBaYaNgAn

Tiada kata-kata seindah bahasa,
Melainkan gambaran yang seiring gan bayanganmu yang lalu
sentiasa bermain dipikiranmu...
Mengapa ia masih segar selepas disirami hujan lewat malam..
Mengapa mereka yang telah kering kontang bak kemarau panjang itu harus dipayungi dek matahari yang berpanjangan sedangkan aku yang masih tercari-cari sinaran untuk bertapak engkau biarkan terkapai-kapai dilautan sepi...
Engkau persendakan diri ini... umpama aku seolah-olah tiada penah ujud dalam diriku..
Yang pasti engkau hanya mengorek rahsiaku dari teman2mu utk mempersendakan diriku..
Itu yang engkau mahu sebenarnyakan...
Puaslah hatimu jika dengan apa yang engkau buat itu dapat melepaskan gerammu padaku..
Asalkan ia memberi kepuasan pada dirimu dengan menyakiti hatiku..
Aku pasrah..
Aku tahu..
Aku Redza..
Aku mengerti..
Apa yang berlaku ini semuanya dari kenanganmu yang lalu..
Jangan tanya?????
Sampai dimana tahap kelukaan ku ini..
Biarlah luka itu mengering sendiri namun kepedihannya tetap terasa kesakitannya.
Usah dikelirukan antara cinta dan nafsu...
Ia adalah dua perkara yang berbeza..
CINTA adalah suatu perasaan yang sukar digambar dengan kata2..
Ia datang dengan sendiri tanpa diundang...
Sesiapa yang penah mengalaminya pasti akan tahu betapa indahnya kurniaan tuhan pada umatnya yang terukir pada hati kita..
NAFSU adalah suatu perasaan yang yang didalangi oleh orang ketiga..
Tahu takperr....
Tiada niat dihatiku untuk menyakiti hati sesiapa sama ada secara langsung mahupun tidak langsung...
Tapi yang pasti hatiku telah menjadi debu-debu cinta yang ditiup angin senja bersama-sama dengan helaian dedaunan yang berguguran kebumi...
Aku tidak sesekali menyalahkan dirinya tapi aku menyalah diriku sendiri...
Aku tak dapat tunaikan sepertimana kemahuan yang dia mahu..
Itulah aku yang sebenarnya..
Aku tidak penah membezakan antara engkau,dia mahupon sidia..
Setiap orang ader rentak dan irama masing2..
So aku akan menari mengikut rentak dan irama yang telah dimainkan..
So mengapa ini menjadi persoalan buat dirimu...
Tiada ungkapan bebayangan lalu menghantui diriku bila aku bersama dengan orang yang tersayang..
Yang lalu...
Biarlah ia berlalu..
Tiada istilah untuk aku mengimbasi kenangan lalu..
Tidak cukupkah pengorbananku padamu selama ini..
Perlu ker menceritakan lover-lover yang terdahulu setiap hari tanpa sebab!!!
Sapa nak jawab???
Tahu takper!!
TERsentap!!!
Migrain!!
Itulah ungkapan Yang sentiasa bermain-main dibibir..
Mengapa harus TERSENtap!! dan Migrain jika persoalan yang akan dijawab kelak akan membuatkan tido malam mu gerhana..
Tahu takper!! TAPI kenapa tanya??
Lepas tu makan dalam...
Kuang..Kuang..kuang..
Selamilah dirimu itu sejauhmana sayangmu padaku..
Usah bertanya dimana kejujuranku sedangkan engkau diselubungi Awan yang Terpilu..
Dimana keadilannya balik-balik aku yang disalahkan..
Renungilah Hari-hari yang berlalu saat-saat kita bersama..
Renangilah suka-duka kehidupan kita bersama..
Teguhkah tugu yang didirikan??
Bertahankah empayar yang dibina??
SEMUANYA TEPUK DADA TANYA SELERA....