Saturday, May 21, 2005

Hujan Semalam ...



Malam tadi hujan bertandang lagii ..
Malam kini menjadi semakin suram ..
Hanya bertemankan kedinginan ..
Tiada kedengaran suara cengkerik ..
Hanya suara-suara katak sedang beryanyi ..
Nadanya bergema tanpa irama ..
Petir sabung menyabung ..
Guruh bergempita memberitahukan sesuatu ..
Itulah rahmat dari Yang Maha Kuasa ..

Tuesday, May 17, 2005

Gelora Hati

Bukan niat dihati hendak menyakiti hati sesiapa.Malah hendak merampas dari sesiapa.Aku juga punya hati dan perasaan.So disini aku boleh rasakan apabila hak kita dirampas.Jangan mengangap aku merampas hak orang lain sedangkan niat aku bukan sebegitu..Aku tidak mahu kerana diriku orang lain yang merana.Aku hanya insan yang lemah.Kalau benar-benar ia berlaku,Itu semua diluar kawalan diriku.Tampilkan diri dan bersemuka dengan ku.Aku rela mengundurkan diri tanpa seribu pertanyaan..
Buat apa kita mendirikan kebahgiaan diatas air mata orang lain..Aku sedar siapa diriku.Aku hanya menumpang kasihsayang dan bermanjamesra..Kasih sayang yang aku hulurkan adalah ikhlas dari hati ku sendiri..Aku tidak penah terlalu mengharap diluar kemampuan diriku.Setiap orang dapat merasakan kasih sayang yang diterima..

Hatiku mudah tersentuh..
Lantaran perkhabaran..
Nescaya aku perlu tabah..
Tapi aku tidak sekuat batu..
Antara hujan dan panas..
Perasaanku gelora..
Bagai mengetip bibir..
Menahan gelojak jiwa..
Dalam mencari penawar..

Monday, May 16, 2005

SMS tadi ....

Khamis lepas aku dalam dilema dimana memikirkan budget ku lari...
Entah macam mana aku telah menghantar sms dekat Xbf aku..
Tiba-tiba aku teringatkan akan dia..
Sms berbunyi seperti berikut..

Hari Khamis

Aku :Lama xdengar ceta? Sihat? Blh pinjam duit..
Xbf :Abg ader kat Medan ni.. Nas nak pinjam berapa?
Ari tu naper tak reply Sms abg?
Aku :Maaf ari 2 tiada kredit. Nas betui-betui kering ni.
Tak kisah berapapon janji abg bagi..
Xbf :Tp kena tggu abg balik la.Skrg x lei kasi la..
sbb kat medan.Jaga diri..ok!Sume sihat?Bf?
Aku :Oklah kalau abg ckp cam 2.Isnin pon isnin lah janji abg bagi k..


Hari Sabtu

Aku :Abg ni no acount RHB BANK123456789012 Nas dah takdak kredit dah.
klu abg dah masuk sms jer k.
Xbf :Tiada jawapan...


Hari Isnin

Seawal 7 am hp aku berbunyi...

Xbf :Nas abg nak masukkan duit ni.. nama penuh Nas Mohd ka?
Aku :Mohd ________.
Xbf : kenapa kat sini naik Mohd Jer?
Aku :Mana Nas tahu?
Xbf :Nas bg no acount betui ka?
Aku :Betui la..
Xbf :Oklah klu cam 2?

Tiba-tiba talian terputus..........
Lima belas minit kemudian Sms aku terima...

Xbf :Abg masuk RM50 ja.. Xkira pinjam lah.Itu utk Nas.
Klu apa2 just sms la.Take care. Abg kt Shah Alam ni..Bai..

Walaupun hubungan kami tamat dua tahun yang lalu namun kami tetap
menjadi kawan baik..Mgkin dia tolong aku kali ini disebab aku penah menolong dia semasa dia dalam kesusahan tempoh hari..Antara kami tiada dendam malah kami menghormati antara satu sama lain,Walaupun masing-masing mempunyai Teman special …