Sunday, January 21, 2007

Tentang Ziana zain

Ziana Zain memulakan karier seninya di bawah syarikat rakaman antarabangsa BMG Asia Pacific (kini bertukar nama kepada BMG Music). Lagu Madah Berhelah yang dimuatkan di dalam album sulungnya telah memperkenalkannya sebagai penyanyi berbakat yang mampu membawa lagu-lagu bernada tinggi dengan baik.

Selain menyanyi Ziana Zain turut melibatkan dirinya dalam bidang lakonan. Penglibatannya sebagai pelakon bermula dengan filem Sembilu di bawah arahan Yusof Haslam bersama artis popular Awie dan Erra .Seterusnya, Ziana berlakon filem Sembilu 2 dan Maria Mariana di bawah pengarah yang sama. Lakonannya di dlm filem-filem tersebut mengekalkan status Ziana sebagai pelakon popular. Ziana juga pernah berlakon di bawah tunjuk ajar pengarah versatile, M.Nasir di dalam filem Merah yang diakui oleh pengkritik filem antara filem terbaik tanahair. Manakala filem Maria Mariana 2 adalah filem lakonannya yang terakhir.

Di samping itu, Ziana Zain juga terlibat sebagai model dan duta kepada beberapa jenama barangan di Malaysia dan juga luar negara. Antaranya produk Healthy Image Nutribeaute, Tilam dan jenama jam terkenal, Omega. Dengan menjadi duta untuk jam tangan Omega, Ziana Zain secara automatik layak menjadi ahli kelab pengeluar jam berjenama antarabangsa Omega International Celebrity Club berganding dengan model terkenal dunia iaitu Cindy Crawford, pelakon Elle Macpherson dan Pierce Brosnan.

No comments: